NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) menerangkan bagaimana Signature International Berhad dan semua anak syarikat dan syarikat sekutunya (“Kumpulan SIGN”) yang ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia dengan tempat perniagaannya di Lot 24, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, PJU 5, 47810 Petaling Jaya, Selangor adalah komited untuk mengekalkan kerahsiaan, keselamatan dan integriti data peribadi yang diberi oleh anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

Dengan meneruskan untuk berkomunikasi, berinteraksi atau berurusan dengan Kumpulan SIGN termasuk atau dengan menggunakan laman web kami, atau menggunakan produk dan perkhidmatan kami, anda menandakan persetujuan anda terhadap pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda dan menyedari sepenuhnya pilihan yang ada untuk anda menolak akses atau menghadkan akses kami untuk data peribadi anda. Sekiranya anda menghadkan akses atau enggan memberikan maklumat peribadi anda, kami tidak akan dapat menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan kami.

1. Jenis-jenis data peribadi yang dikumpul dan diproses
Kami mungkin mengumpul data peribadi berikut untuk memproses permintaan anda, pertanyaan, pendaftaran, rujukan, aplikasi dan / atau keadaan-keadaan lain di mana anda telah memilih untuk memberikan data peribadi anda kepada kami: –

  • Nama;
  • Alamat;
  • Nombor telefon;
  • Nombor Pendaftaran Syarikat atau Nombor Kad Pengelan atau Nombor Pasport;
  • Mel Elektronik;
  • Nombor Kad Kredit atau keterangan Akaun Perbankan;
  • Dan apa-apa maklumat peribadi lain yang dikehandaki oleh kami yang boleh mengenal pasti andan atau ahli keluarga anda dan telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh Kumpulan SIGN dari semasa ke semasa.

2. Kegunaan data peribadi
Kumpulan SIGN mungkin menggunakan dan memproses data peribadi anda untuk tujuan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang anda minta atau untuk pentadbiran, perniagaan, pemasaran dan / atau aktiviti promosi Kumpulan SIGN yang termasuk, tanpa had:-

  • menilai dan bertindak balas kepada pertanyaan atau permintaan yang dikemukakan oleh anda atau perniagaan anda;
  • untuk menyediakan anda atau perniagaan anda dengan produk dan perkhidmatan kami;
  • untuk memproses pesanan oleh anda atau perniagaan anda;
  • untuk mentadbir atau selainnya menjalankan kewajiban kontrak kami kepada anda atau perniagaan anda;
  • menilai dan menjalankan penyelidikan, tinjauan dan pilihan para pelanggan atau pelanggan potensi;
  • mengekalkan penyimpanan rekod dalaman, atau tujuan pengurusan sumber manusia atau pentadbiran;
  • mengurus dam menghantar jemputan untuk acara promosi atau pemasaran atau pelancaran;
  • menyiasat dan melayani aduan.

Data peribadi yang dikumpul akan disimpan oleh pihak kami untuk tempoh yang dibenarkan oleh undang-undang dan boleh berlanjutan ke tempoh selepas penamatan hubungan kontrak anda dengan kami.

3. Keselamatan
Kami mengekalkan keselamatan data peribadi dengan menghadkan akses kepada data peribadi anda atas dasar perlu mengetahui dan menyediakan sistem kawalan keselamatan dengan kombinasi kawalan fizikal dan elektronik, server yang selamat, teknologi firewall dan lain-lain langkah-langkah keselamatan untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda.

4. Pendedahan
Kumpulan SIGN boleh memberi akses atau mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang disenaraikan di bawah (tidak menyeluruh):

  • kontraktor pihak ketiga kami, pemegang lesen, pembekal atau pengkhidmat atau penjual yang bekerja dengan kami untuk menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan kami;
  • mana-mana sekutu kami, rakan niaga, pembekal atau pengkhidmat atau mana-mana pihak lain di dalam atau di luar Malaysia;
  • Mana-mana orang yang kepadanya kami berada di bawah kewajiban untuk membuat pendedahan termasuk peraturan, badan berkanun, badan kerajaan, atau lain badan yang diiktiraf;
  • Juruaudit, peguam, perunding dan/atau penasihat lain;
  • Kepada pihak-pihak lain sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang.

Kami tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa pendedahan sukarela data peribadi anda oleh anda kepada orang lain atau mana-mana pendedahan oleh mana-mana pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada kontraktor pihak ketiga, pemegang lesen, pembekal, pembekal perkhidmatan, penjual, sekutu, rakan niaga kami, pembekal perkhidmatan atau pihak-pihak lain yang berkaitan.

5. Pilihan, Akses dan Pembetulan
Jika anda tidak bersetuju kepada Kumpulan SIGN mengumpul dan memproses data peribadi anda atau ingin menghadkan pemprosesan data peribadi anda atau ingin untuk meminta akses untuk pembetulan data peribadi anda atau, sila hantar notis bertulis melalui e-mel kepada: –

Pengurus Undang-Undang, Kumpulan SIGN
Emel: legal@signaturekitchen.com.my

Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan data peribadi anda Kumpulan SIGN mempunyai hak untuk menolak permintaan tersebut atas sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang atau di mana ia boleh menjejaskan keselamatan dan privasi data peribadi orang lain dan juga permintaan yang tidak praktikal atau tidak dibuat dengan suci hati.

Bertarikh: 10 Januari 2015